Monday, November 10, 2008

Tips berkenalan dengan seseorang - Jangan Malu

Hi,

Kali ini saya akan menulis tips untuk berkenalan dengan seseorang. Ramai yang memiliki kebolehan untuk mengintip ataupun mengikuti perkembangan insan yang mereka minati. Persoalannya berapa ramaikah anda yang mampu untuk berkenalan dengan insan yang anda minati?



Antara jawapan yang sering diberi adalah "MALU"..

Mengapa perlu malu jika malu tidak akan menjanjikan apa- apa. Jadi tips saya untuk posting kali ini adalah :

Jangan Malu- Malu adalah sifat semulajadi manusia maka tidak hairanlah malu akan menjadi sifat yang menghalang kita untuk berkenalan dengan seseorang.

Cara mengatasinya adalah:

1. Sentiasa melihat dunia luar. Jangan asyik dudok kt rumah jer..
2. Belajar untuk memberi senyuman sekali sekala kepada orang disekeliling anda..
3. Latihkan diri untuk berbual kosong dengan orang tidak dikenali seorang seminggu.. (berhati- hati ketika memilih orang tidak dikenali tersebut. Saya cadangkan salesgirl or Juru jual)
4. Aplikasikan langkah 1 2 dan 3 sehingga anda sendiri rasakan yang anda sudah bergelar seorang yang berani!

All the best!

-Putera-

Monday, November 3, 2008

Ayat - Ayat Cinta


Trailer: Ayat- ayat cinta

Putera yakin ramai yang dah tengok filem yg "touching" banget nikan.. Saje je letak dalam posting putera kali ni sebagai koleksi blog..hehe

Anyway, kagum dengan revolusi citer ni yang pada mulanya hanyalah citer daripada sebuah Novel..



Sinopsis citer Ayat- Ayat Cinta: Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.



Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.



Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Sunday, November 2, 2008

Bicara pertama


Buat pertama kali nya diri ini ingin berbicara dan berkongsi mengenai cinta...

Memang, cinta mampu mengubah setiap manusia.. buktinya cinta itu telah pun mengubah aku daripada seorang yang panas baran menjadi seorang yang sangat penyayang.

Bagaimana dan mengapa usah ditanya.. Biarkan rahsia.. Apa yang penting selepas ini aku akan menjadi seorang penulis artikel cinta yang tidak akan henti- henti menyubat ayat- ayat cinta.

Selamat datang ke blog "Blog Serpihan Cinta"..

-Putera-